Sunday, June 21, 2009

Ayah......

Sempena hari bapa pada hari ini.....aku dengan rasa penuh kesyukuran dan kasih sayang ini ingin mengucapkan "Selamat Hari Bapa" istimewa kepada insan yang bergelar bapa dalam hidupku ......


Ayah......
Seorang lelaki yang sangat aku sayang, aku kasihi iaitu ayahku sendiri....aku ada di dunia ini kerana dia ada....dia yang bertanggungjawab memastikan aku melihat dunia ini....ayah aku x terlalu garang cuma adakalanya dia sangat tegas tapi aku still anggap ayah seorang yang sangat bertolak ansur....ayah aku suka bercerita tentang zaman muda-muda nya dulu2, zaman dia melalui kesusahan dan saat2 dia mengurat emak dulu. Dan yang paling menyeronokkan, ayah aku seorang yang sangat kelakar tapi aku tahu ayah seorang yang sangat mudah berkecil hati.....dan aku sentiasa berdoa agar ayah akan sentiasa ada bersama-sama kami sampai bila-bila....di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari bapa buat ayah....semoga ayah akan sentiasa menjadi ayah yang terbaik buat kami...we love u ayah!!!!!!!!!!

Papa....
Dia adalah bapa kepada anakku yang sangat aku kasihi.....dialah seorang insan yang menyambut kelahiran anakku lantas menjadikannya seorang bapa...dialah yang memberikan kehidupan yang terbaik buat kami sekeluarga...dialah seorang insan yang bertanggungjawab memastikan anaknya mendapat yang terbaik yang tak pernah dimiliki sebelum ini...dan dialah the best "papa" untuk anakku.Semoga papa akan sentiasa papa yang terbaik dan terhebat untuk anak-anak kita.....mmuahhhhh....


Bapa mertuaku....
Walaupun aku x pernah berpeluang bercakap dengan papa....tp aku tetap ingin mengucapkan selamat hari bapa, terima kasih kerana menciptakan seorang insan yang sangat hebat untuk aku....tanpa papa aku x kan berpeluang mengenali seorang insan yang bernama Ezree.....

Biar siapa pun dia...ayah..papa..abah...dia tetap insan terhebat dalam hidup kita, wira yang berjuang demi kebahagiaan kita...guru yang terbaik mengajar kita erti kehidupan...."Selamat Hari Bapa"

0 comments: