Wednesday, November 26, 2008

Asam Garam Rumahtangga.....

Kadang-kala dalam melayari rumahtangga, kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Itulah yang dinamakan kehidupan berumahtangga....ada diantara kita yang sentiasa lupa bahawa kehidupan kini sudah berubah, kita tidak lagi hidup keseorangan malah telah berdua, mungkin bertiga, berempat, berlima dan sebagainya. Kita sering menyalahkan diantara satu sama lain demi menjaga ego dan keinginan kita sendiri. Aku ada terima satu email yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama mengenai tips-tips kebahagian dalam melayari rumahtangga....renung-renungkanlah :-

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.


Monday, November 17, 2008

dream comes true......

actually perkara ni x la confirm 100% lagi tapi aku still nak citer kat cni gak... benda ni selalu aku dengar sejak pertama kali aku kenal suamiku...dan aku confirm benda ini bukan sahaja menjadi impiannya seorang malah setiap insan yang mempunyai keinginan untuk pergi lebih jauh,jauh dan jauh dalam hidup erti kata lain nak success la. Aku rasa inilah harapan yang sering dinanti-nantikan olehnya.Kiranya hus aku ni dapat further study amik Master kat o/sea la, tempat x sure lagi tp setahu aku kt UK. Aku pun gembira bila tgk my hus gembira. Harapan aku nak menjejakkan kaki keluar negara akhirnya tercapai ( itupun kalau aku dapat g la ) walaupun bukan dari usaha sendiri tapi aku rasa amat terharu dan bangga (tipulah kalau x rasa cam2)kerana diberi peluang untuk merasai hidup di negara orang.Yang paling best aku dapat bawak my little princess, Fasiha...hahah speaking LONDON la anak aku......nanti bila balik Malaysia kenalah aku pesan cam dalam Iklan Astro tu...camner tu...ha camni " Fasiha nanti jangan cakap bahasa Inggeris dengan atuk, atuk x paham" ha lebih kuang camtula.....heh..perasan dah aku nih...
Hus aku lagilah seronok...menghitung hari je....cam orang angau becinta pun ada agak...wat keje skang pun cam ikut syarat je....aku selalu gak sound dia, jgn over confident sgt kang frust sbb benda ni tak 100% lagi.....actually skang ni kitaorg tgh tunggu Unversity jer, kira ok gakla sebab scholarship(d most important thing) dh dapat...kiranya kalau x g tahun ni leh rizab tuk tahun2 akan datang...ok la tu. parents aku especially my mom macam x kasi la coz dia risau aku kt sana... sebenarnya aku tau dia takut rindu kami anak beranak khususnya si kenit ni....yela after 4 years baru dapat jumpa...ntah anak aku recognize atuk2 dia ke tak ...tp for sure la x kenal. apa-apa pun kalau aku confirm g aku akan masuk dalam next entry....ngantuk giler, sok aku keje, nak 'zzzzzz...' dah...kla bye