Wednesday, November 26, 2008

Asam Garam Rumahtangga.....

Kadang-kala dalam melayari rumahtangga, kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Itulah yang dinamakan kehidupan berumahtangga....ada diantara kita yang sentiasa lupa bahawa kehidupan kini sudah berubah, kita tidak lagi hidup keseorangan malah telah berdua, mungkin bertiga, berempat, berlima dan sebagainya. Kita sering menyalahkan diantara satu sama lain demi menjaga ego dan keinginan kita sendiri. Aku ada terima satu email yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama mengenai tips-tips kebahagian dalam melayari rumahtangga....renung-renungkanlah :-

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.


2 comments:

Anonymous said...

Pendapat saya bukan lah nak bernegatif, P tu P jugak lah dan dipakai Pada Permulaan tetapi bila datang dugaan yang amat hebat dari NYA, Masyallah, lihat sahajalah statistik.

Puteriku..Amira said...

tq...sekadar berkongsi pandangan....ini antara pilihan yang ada bagi mengekalkan hubungan atau mungkin mengurangkan dugaan...tapi yang penting penerimaan kita....